Monday, 16 March 2015

Assalamualaikum selamat pagi nak masuk ke tengahari,
Pagi ni tetiba teringat nak main congkak, seronok kot main congkak, rasa hebat bila dapat "boom" rumah pihak lawan, haishhh rindu zaman kanak kanak, sekarang adik beradik semua dah besar, payah nak jumpa waktu lapang untuk berkumpul balik.

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang Permainan Tradisional dalam bahasa arab. Nanti balik kampung boleh tunjuk lagak sikit ajak main dalam bahasa arab, hahahah, tak baik riak.









ALATAN MUZIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Ramai orang dalam dunia suka dengar muzik kan? Tak kiralah nasyid, rock, balada mahupun retro. okay, saya nak tanya siapa yang pandai main alat muzik? mesti ada yang pandai dan ada yang tak. Sapa yang tahu gitar dalam bahasa arab apa? Tak tahu? Okay takpe. Harini saya nak kongsikan dengan anda semua alatan muzik dalam bahasa arab. Tapi untuk entri ni hanya alatan muzik moden sahaja.
 BACA, FAHAM, HAFAL DAN APLIKASI.
OKAY?









EMPAT MUSIM

 Assalamualaikum dunia,
Dah makan ke belum? hmm ,, harini saya nak kongsi dengan anda semua tentang musim, maksud saya nak bagi perkataan baru dalam bahasa arab dan ia berkaitan dengan musim. Kita ada berapa musim? satu? dua? tiga? empat? yaa betul empat musim.
MUSIM BUNGA
MUSIM LURUH
MUSIM PANAS
MUSIM SEJUK













KENDERAAN UDARA

Assalamualikum, hari ni saya nak tambah pengetahuan anda semua berkaitan dengan pengangkutan udara dalam bahasa arab.Lepas ni kalau nampak kapal terbang kita sebut dalam bahasa arab dan kita juga boleh ajar pada kawan kawan yang lain.









Friday, 19 December 2014

Kemahiran Dalam Berbahasa

Assalamualaikum W,B,T. Dalam berbahasa kita perlu dan wajib ada kemahiran, tak kisahlah bahasa apapun, bahasa melayu ke bahsa jawa ke. Okay, dalam Bahasa Arab kita perlu ada 4 kemahiran. Pertama: مهارة الاستماع(Kemahiran Mendengar) Kemahiran Mendengar manusia telah berfungsi sejak dalam perut ibu mengandung lagi. Sebab itu bila ibu mengandung para ibu bapa ditegah untuk berkata keras dan negatif, dan disarankan untuk menuturkan kata kata yang bagus dan baik. Itu pasal para ibu dan ayah digalakkan mengalunkan zikrullah, ayat suci Alquran dan segala percakapan yang baik. Dalam penggunaan bahasa seolaknya kita perlu memulakan dengan bercakap, bila bercakap segala kalimah baru akan kita ingat secara tak langsung Kedua: مهارة الكلام (Kemahiran Bercakap) Guru bahasa seeloknya menggunakan kemahiran bercakap dengan betul. Jika dalam kelas bahasa arab, teruskan berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa arab bukan melayu,jika kita kurang bercakap dalam bahsa arab ini akan melambatkan peningkatan pelajar dalam berbahasa arab. Ketiga: مهارة القراءة (Kemahiran Membaca) Dalam mempelajari bahasa arab kemahiran membaca adalah paling sukar kerana kita tidak tahu sama ada prkataan itu baris atas, bawah, depan, sukun, syaddah atau memang takde baris. Jadinya, jika kita berterusan membaca bermula dari sepotong ayat hingga ke satu buku cerita kita pasti dapat memahami dan mengetahui i'rab sesuatu perkataan secara berperingkat. Betullah kan. Keempat: مهارة الكتابة (Kemahiran Menulis) Yaa,, aku paling tak suka buat karangan bahasa arab, sebab apa? Sebab rasa macam semua salah, bila menulis, bukan setakat nahu sorof je kena betul, cara menulis huruf pun kena berhati hati. Contohnya, huruf ب ,bila ditengah macam mana bentu hurufnya, huruf س cukup ke tidak giginya, atas garisan atau bawah dan berbagai lagi masalah yang patut dijaga. Okay, setakat ini sahaja, sebelum tu, aku nak kongsi pepatah arab كأَنكَ تضربٌ جديدًا باردًا Maknya: seolah olah kamu mengetuk besi yang sejuk. Dalam pepatah melayu samalah dengan seperti menuang air kedaun keladi. Tak lut pun, takda kesan. Lepas ni, bolehlah korang marah kawan yang tak dengar nasihat guna pepatah arab ni.