Friday, 19 December 2014
Kemahiran Dalam Berbahasa
Assalamualaikum W,B,T. Dalam berbahasa kita perlu dan wajib ada kemahiran, tak kisahlah bahasa apapun, bahasa melayu ke bahsa jawa ke. Okay, dalam Bahasa Arab kita perlu ada 4 kemahiran.
Pertama: مهارة الاستماع(Kemahiran Mendengar) Kemahiran Mendengar manusia telah berfungsi sejak dalam perut ibu mengandung lagi. Sebab itu bila ibu mengandung para ibu bapa ditegah untuk berkata keras dan negatif, dan disarankan untuk menuturkan kata kata yang bagus dan baik. Itu pasal para ibu dan ayah digalakkan mengalunkan zikrullah, ayat suci Alquran dan segala percakapan yang baik. Dalam penggunaan bahasa seolaknya kita perlu memulakan dengan bercakap, bila bercakap segala kalimah baru akan kita ingat secara tak langsung
Kedua: مهارة الكلام (Kemahiran Bercakap) Guru bahasa seeloknya menggunakan kemahiran bercakap dengan betul. Jika dalam kelas bahasa arab, teruskan berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa arab bukan melayu,jika kita kurang bercakap dalam bahsa arab ini akan melambatkan peningkatan pelajar dalam berbahasa arab.
Ketiga: مهارة القراءة (Kemahiran Membaca) Dalam mempelajari bahasa arab kemahiran membaca adalah paling sukar kerana kita tidak tahu sama ada prkataan itu baris atas, bawah, depan, sukun, syaddah atau memang takde baris. Jadinya, jika kita berterusan membaca bermula dari sepotong ayat hingga ke satu buku cerita kita pasti dapat memahami dan mengetahui i'rab sesuatu perkataan secara berperingkat. Betullah kan.
Keempat: مهارة الكتابة (Kemahiran Menulis) Yaa,, aku paling tak suka buat karangan bahasa arab, sebab apa? Sebab rasa macam semua salah, bila menulis, bukan setakat nahu sorof je kena betul, cara menulis huruf pun kena berhati hati. Contohnya, huruf ب ,bila ditengah macam mana bentu hurufnya, huruf س cukup ke tidak giginya, atas garisan atau bawah dan berbagai lagi masalah yang patut dijaga.
Okay, setakat ini sahaja, sebelum tu, aku nak kongsi pepatah arab كأَنكَ تضربٌ جديدًا باردًا Maknya: seolah olah kamu mengetuk besi yang sejuk. Dalam pepatah melayu samalah dengan seperti menuang air kedaun keladi. Tak lut pun, takda kesan. Lepas ni, bolehlah korang marah kawan yang tak dengar nasihat guna pepatah arab ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)